Sabtu, 16 Juli 2011

amalan malam nisfu syaban

Apabila telah selesai solat maghrib kata Imam Syahrurazi, Sohiba (Awariful Maarif) hendaklah dibaca “Yasin” dengan diniatkan mohon panjangkan umurnya dalam mentaati Allah, kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman, kemudian dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.
  • Mohon keampunan dua ibubapa. (seberapa banyak yang boleh)
  • Mohon keampunan dan taubat diri. (70/100 kali pagi petang)
  • Membaca al-Quran.
  • Membaca Tasbih. (seratus kali)
  • Membaca Solawat atas Nabi. (10 atau 100 kali pagi dan petang)
  • Membaca Zikrullah. (seratus kali selepas solat subuh dan selepas solat asar).